Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.Atau dalam erti kata yang lebih mudah. integriti adalah nilai-nilai murni yang ada pada setiap orang.
Monday, January 31, 2011
Sunday, January 30, 2011
RIMP dan KRNP Jalankan Program Kerjasama Kem Kita 1
Program Kita 1 anjuran Kelab Rukun Negara Polisas (KRNP) dengan Kerjasama Rakan Integriti Mhasiswa Polisas (RIMP) telah dijankan dengan jaya pada 14-16 Januari 2011. KRNP telah bertindak sebagai urusetia program manakala RIMP turut bertindak sebagai fasilitator program sepanjang kem tersebut dijalankan. Kem ini turut mendapat kerjasama daripada kelab Wataniah Polisas serta Kelab PRS Polisas.
Kem ini telah disertai oleh siswa dan siswi daripada semesta 1 iaitu seramai 73 orang yang bertindak sebagai peserta kem yang berlangsung sepanjang 3hari 2malam tersebut. Objektif kem ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama mahasiswa dan membentuk semangat kerjasama dalam diri.
Perjalanan kem ini berjalan dengan lancar dan mendapat komitmen penuh daripada semua peserta yang menghadiri kem tersebut. Walaupun para peserta agak penat namun tetap berpuas hati dan gembira serta memberi respon yang baik sepanjang kem tersebut berlangsung. RIMP dan KRNP serta seluruh ahli yang terlibat menjayakan kem ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Zulkifli bin Menong kerana sudi merasmikan kem tersebut.

Gambar Sekitar Aktiviti Kem

Gambar Sekitar Majlis Penutupan Kem
Posted by rimpolisas at 9:53 PM 0 comments
RIM Polisas Sertai Kursus Asas Kejurulatihan Rakan Integriti Mahasiswa
Kursus Asas Kejurulatihan Rakan Integriti Mahasiswa atau TOT telah dijalankan selam tiga hari pada 12-14 Disember 2010. Kursus ini telah dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) dan turut bertempat di pejabat utama IIm iaitu di jalan Duta. Seramai 45 orang telah melaporkan diri dari seluruh IPTA Malaysia. Polisas tidak terkecuali dari mengikuti kursus tersebut. Polisas telah menghantar seramai 10 orang peserta untuk menghadiri kursus selama tiga hari dua malam tersebut.
Bangunan Institut Integriti Malaysia
Sebanyak tujuh buah IPTA telah menyertai kursus tersebut dan berdaftar dibawah IIM. Polisas merupakan satu-satunya Politeknik yang telah menubuhkan kelab RIM dan akan mejadi contoh kepada Politeknik Malaysia yang lain untuk turut menubuhkan RIM di Politeknik masing-masing.
Gambar Peserta Kursus
(klik untuk besarkan)
Kursus yang dijalankan telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat komitmen yang baik dari semua peserta. Semua peserta berpuas hati dan telah kursus tersebut turut mendedahkan kepada peserta tentang peranan sebenar Kelab Rakan Integriti Mahasiswa tersebut ditubuhkan. Diharap program bermanfaat seumpama ini dapat dijalankan di masa akan datang.
Gambar Sekreteriat RIM Polisas Semasa Kursus
Posted by rimpolisas at 8:57 PM 0 comments
Labels: kursus rim, rakan integriti mahasiswa, RIM
Subscribe to:
Posts (Atom)