Monday, January 31, 2011

Integriti

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.Atau dalam erti kata yang lebih mudah. integriti adalah nilai-nilai murni yang ada pada setiap orang.

Sunday, January 30, 2011

RIMP dan KRNP Jalankan Program Kerjasama Kem Kita 1

Program Kita 1 anjuran Kelab Rukun Negara Polisas (KRNP) dengan Kerjasama Rakan Integriti Mhasiswa Polisas (RIMP) telah dijankan dengan jaya pada 14-16 Januari 2011. KRNP telah bertindak sebagai urusetia program manakala RIMP turut bertindak sebagai fasilitator program sepanjang kem tersebut dijalankan. Kem ini turut mendapat kerjasama daripada kelab Wataniah Polisas serta Kelab PRS Polisas.

Kem ini telah disertai oleh siswa dan siswi daripada semesta 1 iaitu seramai 73 orang yang bertindak sebagai peserta kem yang berlangsung sepanjang 3hari 2malam tersebut. Objektif kem ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama mahasiswa dan membentuk semangat kerjasama dalam diri.

Gambar Sekitar Aktiviti Kem






Perjalanan kem ini berjalan dengan lancar dan mendapat komitmen penuh daripada semua peserta yang menghadiri kem tersebut. Walaupun para peserta agak  penat namun tetap berpuas hati dan gembira serta memberi respon yang baik sepanjang kem tersebut berlangsung. RIMP dan KRNP serta seluruh ahli yang terlibat menjayakan kem ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Zulkifli bin Menong kerana sudi merasmikan kem tersebut.

 Gambar Sekitar Majlis Penutupan Kem



RIM Polisas Sertai Kursus Asas Kejurulatihan Rakan Integriti Mahasiswa

Kursus Asas Kejurulatihan Rakan Integriti Mahasiswa atau TOT telah dijalankan selam tiga hari pada 12-14 Disember 2010. Kursus ini telah dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) dan turut bertempat di pejabat utama IIm iaitu di jalan Duta. Seramai 45 orang telah melaporkan diri dari seluruh IPTA Malaysia. Polisas tidak terkecuali dari mengikuti kursus tersebut. Polisas telah menghantar seramai 10 orang peserta untuk menghadiri kursus selama tiga hari dua malam tersebut.

 Bangunan Institut Integriti Malaysia

Sebanyak tujuh buah IPTA telah menyertai kursus tersebut dan berdaftar dibawah IIM. Polisas merupakan satu-satunya Politeknik yang telah menubuhkan kelab RIM dan akan mejadi contoh kepada Politeknik Malaysia yang lain untuk turut menubuhkan RIM di Politeknik masing-masing.

 Gambar Peserta Kursus
(klik untuk besarkan)

Kursus yang dijalankan telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat komitmen yang baik dari semua peserta. Semua peserta berpuas hati dan telah kursus tersebut turut mendedahkan kepada peserta tentang peranan sebenar Kelab Rakan Integriti Mahasiswa tersebut ditubuhkan. Diharap program bermanfaat seumpama ini dapat dijalankan di masa akan datang.
Gambar Sekreteriat RIM Polisas Semasa Kursus

Monday, November 22, 2010

Misi dan Visi RIMPolisas

Misi
Melaksanakan objektif, strategi dan program peningkatan integriti Mahasiswa Polisas dalam semua aspek kehidupan.
Objektif
Sebagai jentera pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) ke arah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat.
Falsafah
Meningkatkan integriti sebagai suatu cara hidup rakyat Malaysia melalui amalan prinsip-prinsip etika. Pendekatan falsafah ini akan melibatkan seluruh rakyat Malaysia merangkumi sektor awam, sektor swasta, sektor politik, pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan dan masyarakat umum.

Peranan IIM
Antara peranan yang dipikul oleh IIM ialah:

  • Mengendalikan penyelidikan berkaitan dengan integriti institusi dan masyarakat;
  • Menganjurkan persidangan, seminar dan forum;
  • Menghimpun pendapat pelbagai sektor mengenai kemajuan atau halangan kepada pelaksanaan integriti;
  • Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan bercetak, menggubal melaksanakan program-program latihan dan pendidikan;
  • Mengemukakan perakuan-perakuan dasar bagi peningkatan integriti dan etika;
  • Membangunkan pangkalan data mengenai integriti dan etika;
  • Memberikan khidmat nasihat kepada Kerajaan mengenai program-program dan strategi-strategi bagi meningkatkan integriti; dan
  • Mewujudkan jaringan dengan organisasi-organisasi antarabangsa bagi membolehkan peranan dan sumbangan IIM diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dasar Kualiti
IIM adalah komited untuk menerapkan integriti dan profesionalisme sebagai teras budaya kerja
Slogan
Membudayakan integriti masyarakat Malaysia

Tribute to Kelab Rakan Integriti Mahasiswa Polisas (RIMPolisas)

Kelab Rakan Integriti Mahasiswa Polisan (RIMPolisas) telah ditubuhkan secara rasmi pada 28 haribulan 10 2010. Kelab ini telah didaftarkan dibawah Institut Integriti Malaysia (IIM). RIMPolisas ini dianggotai oleh 10 orang ahli jawatan kuasa tertinggi yang merupakan mahasiswa Polisas.


Institut Integriti Malaysia (IIM)( merupakan idea YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau mengisytiharkannya pada 5 November 2003. ia ditubuhkan sebagai sebuah badan autonomi yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat. IIM ditubuhkan bagi melengkapkan usaha-usaha pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pendaftaran IIM telah pun diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan berkuat kuasa 4 Mac 2004.

Sehubungan dengan penubuhan IIm tersebut, semua IPT sama ada IPTA/IPTS dikehendaki menubuhkan kelab integriti di pusat pengajian masing-masing dibawah pengelolaan IIM.


http://www.iim.com.my/
www.polisas.edu.my